Dikemas kini pada Oktober 2025
Dalam dunia yang semakin terhubung, teknologi memudahkan anda untuk berkongsi data perniagaan anda dengan orang lain —jika itu yang ingin anda lakukan. Apabila anda mengamanahkan data anda kepada John Deere dan anak syarikatnya melalui perkhidmatan dan langganan kami (Perkhidmatan Data), kami melindungi maklumat tersebut dan menghormati kebenaran yang anda tetapkan untuk berkongsi data itu dengan orang lain. Kami telah membuat kenyataan ini untuk menjelaskan tentang cara kami menguruskan data anda dan untuk memberikan butiran yang anda perlukan bagi membuat keputusan termaklum berkenaan Perkhidmatan Data kami.
Untuk menyediakan Perkhidmatan Data John Deere, kami mungkin akan mengumpulkan dan memproses maklumat peribadi anda seperti yang dihuraikan dalam dokumen ini dan dalam pernyataan privasi yang berkenaan yang dipautkan di bawah.
Kami mungkin memproses maklumat peribadi dalam menyediakan Perkhidmatan Data John Deere. Semasa menggunakan Perkhidmatan Data John Deere (termasuk mencipta Akaun Pengguna anda, menyediakan Organisasi anda atau menggunakan perkhidmatan atau alatan JDLink), notis privasi berikut berkenaan pemprosesan data peribadi akan terpakai:
Selain itu, pernyataan privasi perusahaan kami tersedia melalui pautan "Privasi dan Data" di bahagian bawah halaman ini.
Bergantung pada perkhidmatan, langganan dan alatan tertentu yang anda gunakan serta cara penggunaan anda, kami mengumpulkan jenis data yang berbeza. Sebagai contoh:
Data Mesin. Jika anda menggunakan perkhidmatan dan alatan JDLink, kami akan mengumpulkan data yang menunjukkan kesihatan, kecekapan dan fungsi mesin anda, termasuk kod diagnostik, tetapan mesin, versi perisian dan perisian tegar, pemasangan dan pelaksanaan, jam mesin dan penggunaan seumur hidup serta lokasi mesin. Anda boleh melihat sesetengah data ini dalam Pusat Operasi John Deere, Papan Pemuka JDLink dan aplikasi mudah alih kami.
Data Operasi. Jika anda menggunakan Pusat Operasi John Deere dan aplikasi yang berkenaan, kami mungkin akan mengumpulkan maklumat tentang cara anda dan orang lain menggunakan mesin anda, termasuk tetapan, keupayaan celusan dan bacaan sensor, malah kami juga mungkin mengumpulkan maklumat tentang kerja dan operasi anda, termasuk butiran tugas medan, kawasan kerja, perjalanan yang dilalui, data penuaian tanaman dan hasil, input yang digunakan serta maklumat dan laporan sejarah. Anda boleh melihat dan mengurus data ini dalam Pusat Operasi John Deere dan aplikasi terpaut.
Data Pentadbiran. Setiap kali anda atau kakitangan anda menggunakan perkhidmatan dan aplikasi kami, kami akan mengumpulkan maklumat yang membantu kami mentadbir akaun dan aktiviti anda. Data ini merangkumi keizinan perkongsian data, pengguna yang terpaut dengan akaun anda, mesin, peranti dan lesen yang dipautkan kepada akaun anda, bilangan ekar dan saiz serta sifat padang, dan maklumat umum tentang cara anda menggunakan akaun anda dan aplikasi kami. Anda boleh melihat dan mengurus sesetengah maklumat ini dalam Pusat Operasi John Deere dan aplikasi terpaut.
Kami tidak menggunakan kandungan yang dijana oleh pengguna. Sesetengah sistem kami membolehkan anda untuk menyimpan dan berkongsi maklumat yang anda atau orang lain cipta. Kandungan yang dijana oleh pengguna ini merangkumi preskripsi kadar berubah, nota, rakaman, foto, PDF dan jenis fail yang lain. Kami menyimpan, berkongsi dan menggunakan kandungan ini hanya untuk menyokong anda dan untuk mematuhi perintah mahkamah dan keperluan undang-undang atau kawal selia.
Sila rujuk pernyataan privasi berkenaan yang dipautkan di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kami memproses maklumat peribadi anda apabila anda menggunakan perkhidmatan tersebut, atau dengan menghubungi kami. [nota 5]
Berikut ialah pilihan anda untuk mengawal maklumat akaun anda apabila anda menggunakan Perkhidmatan Data John Deere:
Anda boleh berkongsi dan mendedahkan data dalam Pusat Operasi John Deere serta portal dan aplikasi lain yang disambungkan. Dengan menetapkan keizinan untuk akaun anda, anda mengawal akses dan kebolehlihatan pihak lain terhadap data anda. Anda juga mengawal peniaga John Deere yang mempunyai akses kepada data dalam akaun anda. [nota 1] Sila ambil perhatian bahawa apabila anda berkongsi maklumat anda dengan seseorang selain John Deere, penerima boleh memilih untuk menyalin, menggunakan, mengubah suai atau mengedarkan maklumat itu kepada orang lain, dan John Deere tidak mempunyai kawalan atau tanggungjawab ke atas mana-mana aktiviti tersebut.
Anda boleh melihat, menganalisis dan menguruskan kebanyakan data dalam akaun anda melalui Pusat Operasi John Deere, Papan Pemuka dan portal MyJohnDeere.
Anda boleh memuat turun dan mengeksport fail daripada Pusat Operasi John Deere dan Papan Pemuka.
Anda boleh meminta kami untuk memadamkan, mengemaskinikan atau membuat pindaan pada data dalam akaun anda. Kami akan melakukan segala usaha yang munasabah untuk memenuhi permintaan anda dengan segera dan mengikut undang-undang perlindungan data yang berkenaan atau memberitahu anda jika kami memerlukan maklumat lanjut bagi memenuhi permintaan anda. Sila ambil perhatian bahawa pemadaman data mungkin akan mengehadkan keupayaan kami untuk menyokong anda dan, dalam sesetengah kes, mungkin menyebabkan anda tidak lagi dapat menggunakan Perkhidmatan Data yang berkenaan dan - tertakluk pada mana-mana undang- undang privasi yang berkenaan - kami mungkin mengekalkan maklumat asas tertentu mengikut keperluan untuk tujuan penyimpanan rekod kami. Sila semak semula terma dan pernyataan privasi Perkhidmatan Data yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut. [nota 2]
Kami telah melaksanakan dan mengekalkan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai, dasar dan prosedur yang direka untuk mengurangkan risiko pemusnahan atau kehilangan yang tidak disengajakan, mahupun pendedahan atau akses tanpa kebenaran kepada maklumat sedemikian yang sesuai dengan sifat maklumat yang berkaitan. Langkah yang kami ambil termasuk menempatkan keperluan kerahsiaan kepada ahli kakitangan dan penyedia perkhidmatan kami; serta memusnahkan atau menjadikan maklumat peribadi tanpa nama secara kekal jika maklumat peribadi tersebut tidak lagi diperlukan untuk tujuan yang maklumat itu dikumpulkan. Memandangkan keselamatan maklumat sebahagiannya bergantung pada keselamatan komputer yang anda gunakan untuk menggunakan perkhidmatan kami dan keselamatan yang anda gunakan untuk melindungi ID pengguna dan kata laluan, sila ambil langkah yang sesuai untuk melindungi maklumat ini.
Kami menyimpan kebanyakan maklumat tentang anda dalam sistem komputer dan pangkalan data yang sama ada dikendalikan oleh kami atau penyedia perkhidmatan luaran kami.
John Deere beroperasi secara global. Sehubungan itu, maklumat anda mungkin dipindahkan dan disimpan di negara-negara di seluruh dunia yang tertakluk pada piawaian perlindungan data yang berbeza, termasuk EU, Amerika Syarikat, Brazil dan negara lain yang John Deere mempunyai pejabat atau peniaga sah. Apabila kami memindahkan maklumat peribadi anda ke negara lain, kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan pemindahan maklumat peribadi adalah mengikut undang-undang yang terpakai dan diuruskan dengan teliti untuk melindungi hak dan kepentingan privasi anda. Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perlindungan yang telah kami sediakan untuk memastikan perlindungan yang secukupnya bagi maklumat anda apabila maklumat tersebut dipindahkan. [nota 5]
Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda selama yang munasabah mengikut keperluan untuk tujuan maklumat itu dikumpulkan. Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh masa yang lebih lama, contohnya apabila kami dikehendaki berbuat demikian menurut keperluan undang- undang, kawal selia, cukai, perakaunan. Dalam keadaan tertentu, kami mungkin menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh masa yang lebih lama supaya kami mempunyai rekod yang tepat tentang urusan anda dengan kami jika berlaku apa-apa aduan atau cabaran, atau jika kami secara munasabah mempercayai bahawa terdapat prospek litigasi berkaitan dengan maklumat peribadi atau urusan anda.
Selepas tamat tempoh mana-mana kontrak Perkhidmatan Data yang berkenaan, kami mungkin memadamkan data mengikut budi bicara kami dan tertakluk pada keperluan dalam mana-mana undang-undang privasi, perlindungan pengguna atau undang-undang lain yang berkenaan.
Tertakluk pada pengecualian tertentu dan bergantung pada lokasi anda, dan dalam sesetengah kes bergantung pada aktiviti pemprosesan yang dilakukan oleh John Deere, anda mempunyai hak tertentu berhubung dengan maklumat peribadi anda, termasuk hak untuk meminta akses dan pengakuan atau penghapusan maklumat peribadi atau pembatasan pemprosesan maklumat yang berkaitan dengan anda, atau membantah pemprosesan, serta hak untuk kemudahalihan data. Anda juga mungkin mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan yang kompeten.
Anda boleh menggunakan hak anda dengan menghubungi kami. Tertakluk pada pertimbangan undang-undang dan kebenaran lain, kami akan melakukan segala usaha yang munasabah untuk memenuhi permintaan anda dengan segera atau memberitahu anda jika kami memerlukan maklumat lanjut bagi memenuhi permintaan anda. [nota 5]
Anda boleh menghubungi kami menggunakan maklumat hubungan yang disediakan dalam notis privasi yang berkenaan, yang dipautkan di atas.
ServiceADVISOR Remote ialah suatu alat yang membolehkan peniaga menyokong mesin anda. Untuk mengalih keluar akses peniaga kepada mesin dalam akaun anda, anda mestilah mengalih keluar akses ServiceADVISOR Remote untuk setiap mesin daripada tab Tetapan Terminal dalam Pusat Operasi atau Papan Pemuka JDLink.
Anda boleh meminta pemadaman, pengemaskinian atau pemindaan e-mel data dengan melengkapkan borang dalam talian kami, atau melalui maklumat hubungan yang ditunjukkan di bawah nota 7 di bawah. Untuk memahami cara pemadaman boleh memberikan kesan atau menamatkan mana-mana Perkhidmatan Data John Deere, lihat www.JohnDeere.com/agreements. Untuk memahami hak anda berkenaan dengan apa-apa maklumat peribadi, lihat pernyataan privasi kami yang dipautkan di atas.
Hantar e-mel kepada PrivacyManager@JohnDeere.com untuk mendapatkan maklumat tentang keutamaan pemasaran anda atau untuk mengubah keutamaan tersebut.
Semua rujukan kepada “Kami” dalam pernyataan ini termasuk Deere & Company dan anak syarikatnya. Anda mungkin telah memberikan hak tertentu kepada John Deere Financial untuk mengakses data mesin berkenaan peralatan anda dalam dokumen pembiayaan atau pajakan anda, termasuk lokasi, penyelenggaraan, operasi dan keadaan peralatan anda. Jika dibenarkan oleh perjanjian kewangan atau pajakan anda, John Deere Financial boleh terus mengakses data mesin berkenaan peralatan anda semasa tempoh perjanjian pembiayaan atau pajakan bukan dalam apa-apa pemilihan yang mungkin anda buat. Hal ini mungkin termasuk mengembalikan semula akses data mesin jika dimatikan atau dinyahdayakan. Sila semak semula dokumen kewangan atau pajakan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Anda boleh menghubungi pejabat privasi global kami: PrivacyManager@JohnDeere.com. Anda juga boleh menghubungi kami seperti yang berikut:
| Jika anda menetap di: | Maklumat Hubungan: |
|---|---|
| Amerika Syarikat, Angola, Botswana, Eswatini, Guam, Indonesia, Jepun, Kenya Malaysia, Mauritius, Mexico, Mongolia, Maghribi & Sahara Barat, Puerto Rico, Republik Afrika Selatan, Korea Selatan, Tanzania, Thailand, Tunisia, Thailand, Zimbabwe atau mana-mana negara yang tidak disenaraikan di bawah |
John Deere Special Technologies Inc. |
| Kanada | John Deere Canada ULC Perhatian: Chief Privacy Officer 295 Hunter Road P.O. Box 1000 Grimsby, ON L3M 4H5 |
| Australia dan New Zealand | John Deere Limited (Australia) Perhatian: complete Goods Manager 1660170 Magnesium Drive Crestmead, Queensland 4132 |
| Argentína | Industrias John Deere Argentina, S.A. Perhatian: Privacy Manager John Orsetti 481 (S2152CFA) Grenadier Baigorria Province of Santa Fe, Argentina |
| Brazil |
John Deere Brasil Ltda, A/C: Avenida Engenheiro |
| Bolivia, Colombia, Ecuador, Ethiopia, India, Namibia, Paraguay, Filipina, Rusia, Serbia, Vietnam, Zambia | John Deere Shared Services Perhatian: Privacy Manager Center for Global Business Conduct One John Deere Place Moline, IL 61265, USA |
| Bahamas, Chile, Costa Rica, Republik Dominika, El Salvador, Guatemala, Haiti, Honduras, Jamaica, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Suriname, Trinidad & Tobago, Uruguay |
Industrias John Deere, Mexico |
| Kesatuan Eropah, Kawasan Ekonomi Eropah, Azerbaijan, Israel, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Ukraine, United Kingdom, Uzbekistan | John Deere GmbH & Co. KG Straßburger Allee 3, 67657 Kaiserslautern, Germany |